• Convallis consequat

    Lorem ipsum integer tincidunt quisque tristique sollicitudin eros sapien, ultrices primis volutpat tempor curabitur duis mattis dapibus, felis amet faucibus...

  • Augue nullam mauris

    Lorem ipsum integer tincidunt quisque tristique sollicitudin eros sapien, ultrices primis volutpat tempor curabitur duis mattis dapibus, felis amet faucibus...

  • Donec conubia volutpat

    Lorem ipsum integer tincidunt quisque tristique sollicitudin eros sapien, ultrices primis volutpat tempor curabitur duis mattis dapibus, felis amet faucibus...

  • Primis volutpat tempor

    Lorem ipsum integer tincidunt quisque tristique sollicitudin eros sapien, ultrices primis volutpat tempor curabitur duis mattis dapibus, felis amet faucibus...

Tulisan Brailler?Mesin Brailler?Apa itu...Jom Kenali.

 Kod Braille Bahasa Melayu.

Mesin Brailler.



KOd Kursus Semester 4 sesi akademik 20132014


Anatomi Dan Fungsi Telinga







0.1 Pengenalan
Manusia mempunya dua telinga yang terletak di sisi kepal,telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara,manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu telinga luar yang terdiri daripada Cuping telinga (Pinna),Salur telinga (Ear Canal),Gegendang telinga (Eardrum).Bahagian seterusnya telinga tengah yang terdiri daripada osikel,Tiub Eustachia,dan tingkap bujur.Bahagian ketiga ialah telinga dalam yang terdiri daripada koklea,salur separuh bulat dan saraf auditori.
Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita.Seluruh dunia,masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur,samada peringkat bayi,remaja,dewasa mahupun warga tua.Pengetahuan mengenai telinga anda adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi.Telinga merupakan sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi dan juga berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh.
Untuk mendengar,kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar,telinga tengah dan telinga dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormality.Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.
Mekanisme pendengaran berfungsi apabila gelombang bunyi memasuki salur telinga dan menggerakkan gegendang telinga yang seterusnya menyebabkan getaran pada membrane timpanik dan tulang-tulang osikel (incus,stapes dan maleus).Pergerakan tulang stapes merangsang tingkap bujur untuk bergetar dan menyebabkan pergerakan cecair dalam koklea yang merangsang membrane basilar untuk bergetar.Pergerakan ini akan merangsang organ of corti yang akan menghantar ransangan saraf ke otak.




0.2 Perbincangan:


Definisi Telinga adalah organ pendengaran yang memiliki tiga bahagian iaitu telinga luar iaitu (bahagian yang kita lihat di sepanjang sisi kepala kita di belakang pelipis),telinga tengah dan telinga dalam.Mendengar melibatakn semua bahagian telinga serta korteks pendengaran di otak.Telinga luar membantu mengkonsentrasikan getaran udara pada gegendang telinga dan membuatnya bergetar.Getaran ini diteruskan oleh serangkaian tulang kecil di telinga tengah ke telinga bahagian dalam.Di sana mereka meransang serat-serat saraf pendenganran untuk mengirimkan impuls ke otak.


Telinga Luar terdiri daripada Pinnal/Auricle (Cuping Telinga),External auditory canal/acoustic canal,
Pina/auricle (cuping telinga) ianya berbetuk seperti kipas dan tidak rata,terdiri daripada tulang rawan dan diselaputi kulit juga dimiliki kebanyakkan haiwan darat mamalia tetapi berbeza bentuknya (berbeza dengan manusia seperti cap jari)cuping telinga juga menyumbang kepada peranan penting kepada fungsi pendengaran.Manakala Concha (Bowl) merupakan bentuk yang paling dalam terletak di bahagian tengah terdiri daripada (Cymba dan Cavum) raung ke salur luar telinga.
Helix pula mengelilingi bahagian luar pina,ianya berlipat sedikit bertindak sebagai pelapik kepada sisi kepala.Bahagian dalam Helix menghubung ke Concha dan membahagi kepada dua bahagian iaitu Cymba dan Cavum.
Manakala,Antihelix terletak di antara Concha dan Helix serta tragus menonjol di permukaan salur luar telinga.
Kawasan terluang bahagian bawah Concha ialah Antitragus dan mempunyai saiz yang berbeza antara individu Darwin’s  Tubercle ialah kawasan kecil yang rata pada bahagian luar Helix.
Lobule atau earflap (kepak telinga)atau gumpalan daging di bawah bahagian telinga.
Fungsi Pina atau Auricle
Pina atau auricle membantu mengesan arah bunyi dengan lebih tepat.

Salur luar telinga ukuran purata salur luar telinga lebih kurang 2.5 cm dan lebar 0.7 cm.Salur luar berbentuk S menghubung ke gegendang.
Fungsi Salur Luar Telinga
Salur berbentuk S adalah berfungsi untuk melindungi gegendang telinga dari kotoran udara dan serangga halus.Salur luar telinga ditumbuhi rerambut halus sebagai penapis (filter) dari kotoran dan benda halus yang lain.Salur luar telinga juga menghasilkan serumin yang rasanya pahit,berwarna coklat (Brown) cecair lilin yang dinamakan tahi telinga (earwax).
Fungsinya gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan menyebabkan gegendang bergetar (Vibrate).Salur luar telinga merupakan sebagai pemantul dan penguat gelombang bunyi (Amplified sound waves/Acoustic resonator).Tekanan 2 hingga 4 kali lebih besar pada gegendang di dalam telinga dari di luar membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat dikesan sekiranya gegendang terletak di luar telinga.Lokasi gegendang di dalam salur juga untuk melindungi dari kerosakan fizikal,dari terdedah kepada cuaca panas dan kelembapan udara.

GegendangMembran Timpani merupakan pemisah telinga luar dan telinga tengah,anjal,halus,lembut.Gegendang telinga terlalu  dan sangat sensitive terhadap sebarang getaran dan perubahan tekanan yang halus boleh memberi tindak balas kepada system pendengaran.Nipis 0.07 mm dan berbentuk kon.Keluasan purata gegendang manusia ialah 63mm persegi dan boleh mengesan tekanan bunyi kurang dari 0.0002 millionths purata ukuran tekanan barometer.Tukul/malleus terlekat di bahagian pivot atau di atas permukaan gegendang.
Fungsi Gegendang Telinga
Gegendang telinga merupakan membrane nipis yang menyerupai selaput yang memisahkan telinga dalam dan telinga luar,ianya berfungsi untuk memisahkan telinga dalam dan telinga luar,juga ianya berfungsi untuk menghantar getaran suara melalui tulang-tulang pendengaran iaitu tukus,andas dan rakap.



Telinga Tengah
Telinga tengah antara cirri-cirinya ialah mengandungi osikal pendengaran iaitu tulang kecil (malleus,incus,stapes-MIS),(Tukul,Andas,Rakap—TAR).Dihubungkan secara mekanikal (Mechanical linkage)diantara gegendang dan telinga dalam.Rongga dikelilingi tulang kepala.Manakala osikel-osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligament agar tergantung kepada dinding rongga.Pemegang malleus atau tukul terlekat pada gegendang dan meliputi lebih daripada separuh kawasan gegendang.
Salur Eustachia terletak di telinga tengah dan rongga mulut menghubungkan telinga tengah dengan udara luar.Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertutup menyebabkan berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan di luar telinga.
Perbezaan boleh di rasa apabila tekanan udara di luar tiba-tiba berubah contoh:,apabila kita mendaki,turun naik sewaktu dalam pesawat atau menyelam dalam air,perbezaan yang sedikit boleh menyebabkan kita kurang selesa,dan perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan atau gegendang pecah dan koyak.Apabila kita menelan biasanya menyebabkan salur eusthacia terbuka sebentar dan membantu tekanan menjadi seimbang kembali.
Fungsi Salur Eustachia
Fungsinya adalah untuk meningkatkan jumlah tenaga akustik yang idbawa ke telinga dalam.Pergerakan atau getaran gegendang dipindahkan oleh malleus/tukul,ke inkus/andas yang bersambung dengan stapes/rakap.Tapak stapes/rakap menutup jendela bujur (pintu masuk ke bahagian dalam telinga).Jika gelombang bunyi sampai ke jendela bujur tanpa melalui ketiga-tiga tulang osikel tenaga yang dibalikkan hanya bersamaan dengan tenaga yang dibalikkan oleh permukaan yang keras.
Penggandaan (Amplification)oleh telinga tengah Osikel-osikel adalah sebagai mekanisma tuas(lever mechanism)tekanan yang lebih kuat berlaku di tapak stapes dari tenaga yang diterima di Malleus/tukul.Permukaan yang kecil di jendela bujur jika dibandingkan pada gegendang telinga menyebabkan tekanan yang lebih tinggi.Permukaan gegendang (ear drum)ialah 2 kali lebih luas dari permukaan di jendela bujur.Tekanan di jendela bujur adalah 35 kali lebih tinggi dengan adanya gegendang dan ketiga-tiga osikel.Telinga tengah membantu kita mendengar 1000 kali lebih kuat.
Ianya juga melindungi telinga dari bunyi yang terlalu kuat.Dua otot kecil,satu menghubungkan di gegendang dan satu pada stapes bertugas sebagai tindak balas terhadap bunyi yang kuat.Apabila bunyi terlalu kuat,otot gegendang akan bergerak ke arah gegendang dan otot stapes akan menarik stapes keluar dari jendela built.Pergerakan ini akan mengurangkan kekuatan tengah telinga dari menyalurkan (transmit) bunyi ke dalam telinga.
Telinga Dalam

Telinga dalam (Inner Ear) kecil yang dikelilingi tulang kepala.Koklea berbentuk seperti siput.Salur separuh bulat adalah organ yang mengawal system keseimbangan anggota tubuh kita.Ciri-ciri dan fungsi koklea terbahagi kepada dua bahagian yang utama di sepanjang saluran pertama bahagian yang menghubungkan jendela bujur iaitu skala vestibule dan kedua bahagian yang menghubngkan jendela bulat iaitu skala timpani.
Kedua-dua bahagian ini dipenuhi cecair yang dinamakan perilmph (2kali lebih pekat dari air).Bahagian tengah ialah pembahagi koklea (cochlea partition) antara skala vestibule dengan skala timpani.Di bahagian hujung koklea/epical end terdapat ruang yang terbuka dinamakan Helikotrema (Helicotrema) berfungsi untuk membolehkan cecair mengalir di antara dua skala.Di bahagian bawah koklea iaitu skala timpani berakhir pada jendela bulat (Round Window) terdapat ruang terbuka yang diselaputi membrane menghubungkan semula ke telinga tengah.Salur Vestibul (Vestibul Canal) pula tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisma pendengaran,ia juga dipenuhi dengan cecair perilymph dan dihubungkan terus ke koklea.



Fungsi Koklea
Fungsi koklea ransangan dalam koklea bermula dari jendela bujur melalui pergerakan atau getaran yang dihasilkan dari tapak stapes.Bagi pergerakan atau bunyi yang perlahan getaran akan bergerak ke arah penghujung Apikal Koklea (epical end) dan melalui ruang kecil helikotrema,menuju ke basal end melalui skala timpani.
Manakala getaran bunyi yang kuat akan merentas pembahagi telinga tengah (Koklea duct) serta terus menyalurkan bunyi ke saraf pendengaran.Keadaan ini menyebabkan keseluruhan organ pendengaran telinga akan bergetar.
Keratan rentas koklea.Pembuluh koklea (koklea duct) dipenuhi dengan cecair yang sangat pekat dinamakan Endolimp (Endolymph).Membran reissner membentuk sempadan di antara skala vestibule dan pembuluh koklea manakala,membrane basilar memisahkan pembuluh koklea dengan skala timpani.Rak tetulang atau bony shelf menghubungkan bahagian dalam koklea ke bahagian luar.Satu bahagian membrane basilar terlekat pada rak tetulang dan sebahagian lagi pafa spiral ligament (ligament spiral).Membran basilar adalah sangat kecil pada basal koklea(0.04 mm).Berhampiran helikotrema rak tetulang hampir tidak ada dan membrane basilar memenuhi kesemua bahagian dinding koklea (lebih kurang 0.5 mm lebar di penghujung epical)
Membran basilar keras dan halus pada pangkal koklea (Basal End) dan lembut /lebar di penghujung koklea (epical end).

Fungsi Membran Basilar
Membran basilar berfungsi untuk menerima dan bertindak balas terhadap ransangan atau getaran pelbagai frekuensi yang tinggi ia akan tertumpu pada bahagian membrane basilar yang berhampiran jendela bujur atau basal end.Bagi bunyi berfrekuensi rendah ia akan bergerak ke bahagian yang lebih lebar dan lembut di hujung koklea atau epical end.Membran basilar berfungsi menukarkan pergerakan mekanikal kepada isyarat-isyarat bunyi yang disalurkan ke otak.
Organ yang memproses adalah kumpulan sel-sel halus yang terletak di membrane basilar dalam pembuluh koklea atau cochlea duct yang dipanggil “organ of corti’ (lebih kurang 34 mm.panjang).Hujung setiap sel-sel ini melekat pada selaput basilar.Pada hujung sebelah setiap sel terlekat rerambut yang sangat halus dan tersentuh pada membrane tektorial atua tectorial membrane.Sepasang tiang/Pillars berbentuk ‘v” membentuk arca corti (Corti’s arch) iaitu struktur yang menyokong organ corti.Sel-sel rerambut dalam (inner cells)di sebelah arca corti berhanpiran dengan spiral koklea sel-sel rerambut luar (outer hair cell)terletak di satu bahagian lagi.
Disepanjang membrane basilar dari jendela bujur ke helikotrema terdapat lebih kurang 3500 sel rerambut dalam dan 20,000 sel rerambut luar.Saraf fiber menghubungkan organ of corti ini dengan saraf pendengaran atau auditory nerve dan menghubungkannya ke otak.Bila membrane basilar bergetar menerima gelombang bunyi sel-sel rerambut halus rebah atau condong dan sel-sel rerambut akan merangsang saraf pendengaran menghasilkan denyutan elektrokimia (electrochemical pulses) dan menghantar isyarat-isyarat bunyi ke otak melalui saraf pendengaran.
Rujukan:

Bahan Bantu Mengajar Hasil kerja tanganku...



MODEL 3D:GEOMETRIC SHAPE
PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR "DEAF"


Tujuan:Model 3D Alat Bantu Mengajar ini adalah bertujuan untuk penggunaan bahan pengajaran matematik di dalam kelas murid-murid pendengaran.

Objektif:

Murid dapat mengenal bentuk-bentuk geometric
Murid dapat menyebut bentuk geometric apakah.
Murid dapat memberi ciri-ciri bentuk geometric tersebut

Model Geometric ini merupakan alat bantuan mengajar hasil dari kerja tangan saya...
Alhamdulillah kursus teknologi pendidikan telah memberi saya kemahiran,pengetahuan dalam menyediakan sendiri alat bantu mengajar.


Dr. Hasnah Toran di MHI TV3 Topik Anak Hyperaktif

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Q0j1COh3gwk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Bahasa Isyarat Malaysia Kod Tangan "Hari"


Isnin:Tangan Kanan "I" di kanak bahu lalu buat satu bulatan ikut pusingan jarum jam dan balik kedudukan asal.

Credit Info to:http://deaf-online.blogspot.com/search/label/Nama%20Hari?max-results=100

Bahasa Isyarat Malaysia Kata Ganti Nama Diri


Tangan Kanan "I" Letak di dada



Tangan Kanan "A" Ibu jari tegak,buat seperti "Saya"

Credit to:Belajar Bahasa Isyarat Online "Blog"