Anatomi Dan Fungsi Telinga
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 19:10
0.1 Pengenalan
Manusia mempunya dua telinga yang terletak di sisi kepal,telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara,manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu telinga luar yang terdiri daripada Cuping telinga (Pinna),Salur telinga (Ear Canal),Gegendang telinga (Eardrum).Bahagian seterusnya telinga tengah yang terdiri daripada osikel,Tiub Eustachia,dan tingkap bujur.Bahagian ketiga ialah telinga dalam yang terdiri daripada koklea,salur separuh bulat dan saraf auditori.
Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita.Seluruh dunia,masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur,samada peringkat bayi,remaja,dewasa mahupun warga tua.Pengetahuan mengenai telinga anda adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi.Telinga merupakan sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi dan juga berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh.
Untuk mendengar,kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar,telinga tengah dan telinga dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormality.Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.
Mekanisme pendengaran berfungsi apabila gelombang bunyi memasuki salur telinga dan menggerakkan gegendang telinga yang seterusnya menyebabkan getaran pada membrane timpanik dan tulang-tulang osikel (incus,stapes dan maleus).Pergerakan tulang stapes merangsang tingkap bujur untuk bergetar dan menyebabkan pergerakan cecair dalam koklea yang merangsang membrane basilar untuk bergetar.Pergerakan ini akan merangsang organ of corti yang akan menghantar ransangan saraf ke otak.
0.2 Perbincangan:
Definisi Telinga adalah organ pendengaran yang memiliki tiga bahagian iaitu telinga luar iaitu (bahagian yang kita lihat di sepanjang sisi kepala kita di belakang pelipis),telinga tengah dan telinga dalam.Mendengar melibatakn semua bahagian telinga serta korteks pendengaran di otak.Telinga luar membantu mengkonsentrasikan getaran udara pada gegendang telinga dan membuatnya bergetar.Getaran ini diteruskan oleh serangkaian tulang kecil di telinga tengah ke telinga bahagian dalam.Di sana mereka meransang serat-serat saraf pendenganran untuk mengirimkan impuls ke otak.
Telinga Luar terdiri daripada Pinnal/Auricle (Cuping Telinga),External auditory canal/acoustic canal,
Pina/auricle (cuping telinga) ianya berbetuk seperti kipas dan tidak rata,terdiri daripada tulang rawan dan diselaputi kulit juga dimiliki kebanyakkan haiwan darat mamalia tetapi berbeza bentuknya (berbeza dengan manusia seperti cap jari)cuping telinga juga menyumbang kepada peranan penting kepada fungsi pendengaran.Manakala Concha (Bowl) merupakan bentuk yang paling dalam terletak di bahagian tengah terdiri daripada (Cymba dan Cavum) raung ke salur luar telinga.
Helix pula mengelilingi bahagian luar pina,ianya berlipat sedikit bertindak sebagai pelapik kepada sisi kepala.Bahagian dalam Helix menghubung ke Concha dan membahagi kepada dua bahagian iaitu Cymba dan Cavum.
Manakala,Antihelix terletak di antara Concha dan Helix serta tragus menonjol di permukaan salur luar telinga.
Kawasan terluang bahagian bawah Concha ialah Antitragus dan mempunyai saiz yang berbeza antara individu Darwin’s Tubercle ialah kawasan kecil yang rata pada bahagian luar Helix.
Lobule atau earflap (kepak telinga)atau gumpalan daging di bawah bahagian telinga.
Fungsi Pina atau Auricle
Pina atau auricle membantu mengesan arah bunyi dengan lebih tepat.
Salur luar telinga ukuran purata salur luar telinga lebih kurang 2.5 cm dan lebar 0.7 cm.Salur luar berbentuk S menghubung ke gegendang.
Fungsi Salur Luar Telinga
Salur berbentuk S adalah berfungsi untuk melindungi gegendang telinga dari kotoran udara dan serangga halus.Salur luar telinga ditumbuhi rerambut halus sebagai penapis (filter) dari kotoran dan benda halus yang lain.Salur luar telinga juga menghasilkan serumin yang rasanya pahit,berwarna coklat (Brown) cecair lilin yang dinamakan tahi telinga (earwax).
Fungsinya gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan menyebabkan gegendang bergetar (Vibrate).Salur luar telinga merupakan sebagai pemantul dan penguat gelombang bunyi (Amplified sound waves/Acoustic resonator).Tekanan 2 hingga 4 kali lebih besar pada gegendang di dalam telinga dari di luar membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat dikesan sekiranya gegendang terletak di luar telinga.Lokasi gegendang di dalam salur juga untuk melindungi dari kerosakan fizikal,dari terdedah kepada cuaca panas dan kelembapan udara.
Gegendang/ Membran Timpani merupakan pemisah telinga luar dan telinga tengah,anjal,halus,lembut.Gegendang telinga terlalu dan sangat sensitive terhadap sebarang getaran dan perubahan tekanan yang halus boleh memberi tindak balas kepada system pendengaran.Nipis 0.07 mm dan berbentuk kon.Keluasan purata gegendang manusia ialah 63mm persegi dan boleh mengesan tekanan bunyi kurang dari 0.0002 millionths purata ukuran tekanan barometer.Tukul/malleus terlekat di bahagian pivot atau di atas permukaan gegendang.
Fungsi Gegendang Telinga
Gegendang telinga merupakan membrane nipis yang menyerupai selaput yang memisahkan telinga dalam dan telinga luar,ianya berfungsi untuk memisahkan telinga dalam dan telinga luar,juga ianya berfungsi untuk menghantar getaran suara melalui tulang-tulang pendengaran iaitu tukus,andas dan rakap.
Telinga Tengah
Telinga tengah antara cirri-cirinya ialah mengandungi osikal pendengaran iaitu tulang kecil (malleus,incus,stapes-MIS),(Tukul,Andas,Rakap—TAR).Dihubungkan secara mekanikal (Mechanical linkage)diantara gegendang dan telinga dalam.Rongga dikelilingi tulang kepala.Manakala osikel-osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligament agar tergantung kepada dinding rongga.Pemegang malleus atau tukul terlekat pada gegendang dan meliputi lebih daripada separuh kawasan gegendang.
Salur Eustachia terletak di telinga tengah dan rongga mulut menghubungkan telinga tengah dengan udara luar.Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertutup menyebabkan berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan di luar telinga.
Perbezaan boleh di rasa apabila tekanan udara di luar tiba-tiba berubah contoh:,apabila kita mendaki,turun naik sewaktu dalam pesawat atau menyelam dalam air,perbezaan yang sedikit boleh menyebabkan kita kurang selesa,dan perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan atau gegendang pecah dan koyak.Apabila kita menelan biasanya menyebabkan salur eusthacia terbuka sebentar dan membantu tekanan menjadi seimbang kembali.
Fungsi Salur Eustachia
Fungsinya adalah untuk meningkatkan jumlah tenaga akustik yang idbawa ke telinga dalam.Pergerakan atau getaran gegendang dipindahkan oleh malleus/tukul,ke inkus/andas yang bersambung dengan stapes/rakap.Tapak stapes/rakap menutup jendela bujur (pintu masuk ke bahagian dalam telinga).Jika gelombang bunyi sampai ke jendela bujur tanpa melalui ketiga-tiga tulang osikel tenaga yang dibalikkan hanya bersamaan dengan tenaga yang dibalikkan oleh permukaan yang keras.
Penggandaan (Amplification)oleh telinga tengah Osikel-osikel adalah sebagai mekanisma tuas(lever mechanism)tekanan yang lebih kuat berlaku di tapak stapes dari tenaga yang diterima di Malleus/tukul.Permukaan yang kecil di jendela bujur jika dibandingkan pada gegendang telinga menyebabkan tekanan yang lebih tinggi.Permukaan gegendang (ear drum)ialah 2 kali lebih luas dari permukaan di jendela bujur.Tekanan di jendela bujur adalah 35 kali lebih tinggi dengan adanya gegendang dan ketiga-tiga osikel.Telinga tengah membantu kita mendengar 1000 kali lebih kuat.
Ianya juga melindungi telinga dari bunyi yang terlalu kuat.Dua otot kecil,satu menghubungkan di gegendang dan satu pada stapes bertugas sebagai tindak balas terhadap bunyi yang kuat.Apabila bunyi terlalu kuat,otot gegendang akan bergerak ke arah gegendang dan otot stapes akan menarik stapes keluar dari jendela built.Pergerakan ini akan mengurangkan kekuatan tengah telinga dari menyalurkan (transmit) bunyi ke dalam telinga.
Telinga Dalam
Telinga dalam (Inner Ear) kecil yang dikelilingi tulang kepala.Koklea berbentuk seperti siput.Salur separuh bulat adalah organ yang mengawal system keseimbangan anggota tubuh kita.Ciri-ciri dan fungsi koklea terbahagi kepada dua bahagian yang utama di sepanjang saluran pertama bahagian yang menghubungkan jendela bujur iaitu skala vestibule dan kedua bahagian yang menghubngkan jendela bulat iaitu skala timpani.
Kedua-dua bahagian ini dipenuhi cecair yang dinamakan perilmph (2kali lebih pekat dari air).Bahagian tengah ialah pembahagi koklea (cochlea partition) antara skala vestibule dengan skala timpani.Di bahagian hujung koklea/epical end terdapat ruang yang terbuka dinamakan Helikotrema (Helicotrema) berfungsi untuk membolehkan cecair mengalir di antara dua skala.Di bahagian bawah koklea iaitu skala timpani berakhir pada jendela bulat (Round Window) terdapat ruang terbuka yang diselaputi membrane menghubungkan semula ke telinga tengah.Salur Vestibul (Vestibul Canal) pula tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisma pendengaran,ia juga dipenuhi dengan cecair perilymph dan dihubungkan terus ke koklea.
Fungsi Koklea
Fungsi koklea ransangan dalam koklea bermula dari jendela bujur melalui pergerakan atau getaran yang dihasilkan dari tapak stapes.Bagi pergerakan atau bunyi yang perlahan getaran akan bergerak ke arah penghujung Apikal Koklea (epical end) dan melalui ruang kecil helikotrema,menuju ke basal end melalui skala timpani.
Manakala getaran bunyi yang kuat akan merentas pembahagi telinga tengah (Koklea duct) serta terus menyalurkan bunyi ke saraf pendengaran.Keadaan ini menyebabkan keseluruhan organ pendengaran telinga akan bergetar.
Keratan rentas koklea.Pembuluh koklea (koklea duct) dipenuhi dengan cecair yang sangat pekat dinamakan Endolimp (Endolymph).Membran reissner membentuk sempadan di antara skala vestibule dan pembuluh koklea manakala,membrane basilar memisahkan pembuluh koklea dengan skala timpani.Rak tetulang atau bony shelf menghubungkan bahagian dalam koklea ke bahagian luar.Satu bahagian membrane basilar terlekat pada rak tetulang dan sebahagian lagi pafa spiral ligament (ligament spiral).Membran basilar adalah sangat kecil pada basal koklea(0.04 mm).Berhampiran helikotrema rak tetulang hampir tidak ada dan membrane basilar memenuhi kesemua bahagian dinding koklea (lebih kurang 0.5 mm lebar di penghujung epical)
Membran basilar keras dan halus pada pangkal koklea (Basal End) dan lembut /lebar di penghujung koklea (epical end).
Fungsi Membran Basilar
Membran basilar berfungsi untuk menerima dan bertindak balas terhadap ransangan atau getaran pelbagai frekuensi yang tinggi ia akan tertumpu pada bahagian membrane basilar yang berhampiran jendela bujur atau basal end.Bagi bunyi berfrekuensi rendah ia akan bergerak ke bahagian yang lebih lebar dan lembut di hujung koklea atau epical end.Membran basilar berfungsi menukarkan pergerakan mekanikal kepada isyarat-isyarat bunyi yang disalurkan ke otak.
Organ yang memproses adalah kumpulan sel-sel halus yang terletak di membrane basilar dalam pembuluh koklea atau cochlea duct yang dipanggil “organ of corti’ (lebih kurang 34 mm.panjang).Hujung setiap sel-sel ini melekat pada selaput basilar.Pada hujung sebelah setiap sel terlekat rerambut yang sangat halus dan tersentuh pada membrane tektorial atua tectorial membrane.Sepasang tiang/Pillars berbentuk ‘v” membentuk arca corti (Corti’s arch) iaitu struktur yang menyokong organ corti.Sel-sel rerambut dalam (inner cells)di sebelah arca corti berhanpiran dengan spiral koklea sel-sel rerambut luar (outer hair cell)terletak di satu bahagian lagi.
Disepanjang membrane basilar dari jendela bujur ke helikotrema terdapat lebih kurang 3500 sel rerambut dalam dan 20,000 sel rerambut luar.Saraf fiber menghubungkan organ of corti ini dengan saraf pendengaran atau auditory nerve dan menghubungkannya ke otak.Bila membrane basilar bergetar menerima gelombang bunyi sel-sel rerambut halus rebah atau condong dan sel-sel rerambut akan merangsang saraf pendengaran menghasilkan denyutan elektrokimia (electrochemical pulses) dan menghantar isyarat-isyarat bunyi ke otak melalui saraf pendengaran.
Rujukan:
Bahan Bantu Mengajar Hasil kerja tanganku...
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 19:06
MODEL 3D:GEOMETRIC SHAPE
PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR "DEAF"
Tujuan:Model 3D Alat Bantu Mengajar ini adalah bertujuan untuk penggunaan bahan pengajaran matematik di dalam kelas murid-murid pendengaran.
Objektif:
Murid dapat mengenal bentuk-bentuk geometric
Murid dapat menyebut bentuk geometric apakah.
Murid dapat memberi ciri-ciri bentuk geometric tersebut
Model Geometric ini merupakan alat bantuan mengajar hasil dari kerja tangan saya...
Alhamdulillah kursus teknologi pendidikan telah memberi saya kemahiran,pengetahuan dalam menyediakan sendiri alat bantu mengajar.
Dr. Hasnah Toran di MHI TV3 Topik Anak Hyperaktif
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 18:33
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Q0j1COh3gwk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Bahasa Isyarat Malaysia Kod Tangan "Hari"
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 10:32Isnin:Tangan Kanan "I" di kanak bahu lalu buat satu bulatan ikut pusingan jarum jam dan balik kedudukan asal.
Credit Info to:http://deaf-online.blogspot.com/search/label/Nama%20Hari?max-results=100
Bahasa Isyarat Malaysia Kata Ganti Nama Diri
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 10:23Tangan Kanan "I" Letak di dada
Tangan Kanan "A" Ibu jari tegak,buat seperti "Saya"
Credit to:Belajar Bahasa Isyarat Online "Blog"
Miracle Worker ( Helen Keller story) Full Movie
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 10:10
Deaf and blind Children Helen Keller
Helen Keller "Deaf and Blind Children"
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 09:55
Helen Keller
"Deaf" And "Blind" Children
1.Tuliskan secara ringkas sejarah kehidupan Helen
Keller.
Helen
Keller merupakan kanak-kanak yang kehilangan pendengaran dan penglihatannya
selepas Helen diserang oleh satu penyakit sehingga menyebabkan Helen kehilangan
kedua-dua daya pendengaran dan daya penglihatannya.
Tetapi
kekurangan pada dirinya tidak membataskan dirinya untuk Berjaya dalam pelajaran
sehingga ke peringkat Universiti.Dan Helen Keller juga telah terkenal diserata
dunia dengan potensi yang dimilikinya.
Seorang
doctor yakin bahawa Helen boleh diajar dan didik,oleh itu beliau menyarakan
ayah Helen untuk pergi berjumpa dengan pakar dalam masalah kanak-kanak yang kehilangan
daya pendengaran dan penglihatan iaitu Alexander Graham Bell
Helen
dibantu oleh Anne Sullivan gurunya,Ditugaskan mendidikan Anne Sullivan
memperoleh bahasa melalui bahasa isyarat tangan dan deria rasa.Berkat kesabaran
gurunya mengajar Helen akhirnya Helen Berjaya dalam hidupnya.
2.Apakah 3 cabaran yang dihadapi
oleh guru Helen Anne Sullivan
Tiga
cabaran yang dihadapi oleh guru Helen iaitu Anni Sullivan ketika mengajar Helen
ialah;
·
Cabaran
pertama ketika Anni Sullivan di meja makan,Ketika itu Semua
keluarga Helen berada di meja makan,ketika di meja makan Helen berkelakuan
dengan mengelilingi meja kemudian mengambil makanan di setiap pinggan ahli
keluarganya yang ada,Anni,guru Helen melihat tingkahlaku tersebut,ketika Helen
hendak mengambil makanan di pinggan Gurunya Anni Sullivan,Anni Sullivan segera
menepis tidak membiarkan Helen mengambilnya,sedang Helen melarangnya untuk
mengambil makanan,Anni Sullivan dicubit oleh Helen,lalu Gurunya Anni Sullivan
menampar pipi,kemudian dia mencubit lagi dan adegan tampar menampar antara
Helen dan gurunya.Kemudian Helen berjalan mengelilingi meja untuk mengetahui
siapa yang berada disitu namun ketika dia mengetahui bahawa tiada sesiapa
disitu,Helen keheranan,setelah itu,Helen kembali ke tempatnya dan memakan
sarapan paginya itu dengan menggunakan tangan.Anni memberi sendok kepada
Helen,tetapi Helen melemparkannya ke lantai kemudian Anne memaksa Helen untuk
turun dari kerusi dan menyuruhnya mengambil sendok tersebut.Akhirnya,Anne
Berjaya menyuruh Helen untuk mengambil sendok tersebut dan memegang sendok
tersebut di tangannya dan kemudian memaksa pula Helen mengambil makanan dengan
menggunakan sendok dan memasukkan makanan tersebut kedalam mulut
·
Cabaran
yang kedua makanan dengan tangannya,marah dengan tindakan
Helen,Anni segera membuat alphabet
“tidak boleh” iaitu memberi isyarat supaya jangan berbuat demikian lagi
iaitu mengambil makanan di dalam pinggan orang lain.Tetapi Helen dengan
beraninya mengambil jug air kemudian menuang air tersebut kemuka Anni
Sullivan,tidak berpuas hati dengan tindakan Helen tersebut,Anni Sullivan mendukong
Helen,membawa sekali jug air untuk Helen mengisi semula jug air yang Helen
tuangkan ke muka Anni Sullivan,kemudian membawa Helen ke pili air.
·
Cabaran
yang ketiga-ketika hari pertama Anni Sullivan
datang.Anni Sullivan membawakan boneka untuk Helen,sambil Anni mengajarnya
mengeja melalui bahasa isyarat tangan (Alphabet).Tiba-tiba Annie Sullivan
mengambil boneka tersebut,Helen memintanya semula dengan menarik boneka itu
dari Anni Sullivan tetapi Anni Sullivan tidak mahu memberi boneka tersebut.Pada
Masa sama Anni Sullivan mengajarnya Aplhabet menggunakan bahasa isyarat dengan
memberinya ganjaran coklat.Apabila Helen boleh mengeja Alphabet-Alphabet
tersebut Anni Sullivan memberikan semula boneka namun dengan cepatnya Helen
mengetuk muka Anni Sullivan dengan boneka tersebut sehingga giginya Anni
Sullivan tercedera.
3.Pada pendapat anda apakah lima
ciri utama yang perlu ada pada guru pendidikan khas
Sabar-Sebagai
seorang guru pendidikan khas,aspek utama yang perlu dimiliki oleh seorang guru
pendidikan khas ialah,sifat sabar.Hal ini kerana,di dalam program pendidikan
khas terdapat pelbagai jenis keupayaan pelajar perlu diambil kira ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.Sesetengah daripada mereka ini mempunyai keupayaan
dan potensi yang berbeza oleh hal demikian cara pengajaran juga berbeza.Seorang
guru pendidikan khas perlu sabar ketika berhadapan dengan murid contohnya
seperti Anni Sullivan,Sabar mendidik dan menggajar Helen yang kehilangan daya
penglihatan dan pendengaran serta tingkah laku Helen yang kasar untuk dikawal.Sehingga
beberapa cabaran dilalui Anni Sullivan ketika berhadapan dengan Helen.Tetapi
Anni Sullivan sabar mendidik dan mengajar sehingga Helen boleh mengenal dan
memahami Alphabet menggunakan kod bahasa isyarat tangan yang diajarkan oleh
gurunya.
Kemahiran/pemikiran yang kritis dan
kreatif untuk mendidik golongan kelainan upaya.
Seorang
guru pendidikan khas perlu berfikiran kritis dan kreatif dalam mendidik
golongan kelainan upaya dari segi masalah pembelajaran,masalah pendengaran dan
penglihatan.kerana golongan ini mempunyai kepelbagaian dan perbezaan pengajaran
yang berbeza oleh itu sebagai guru pendidikan pelbagai pendekatan perlu digunakan
untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.Contohnya
didalam cerita Helen Keller,Gurunya Anni Sullivan menggunakan pelbagai
pendekatan difikirkan boleh membantu Helen merubah tingkah lakunya,mempelajari
bahasa dan sebagainya melalui deria sentuhan,deria rasa dan bahasa isyarat
tangan (Alphabet).
Bertanggungjawab-Seorang
guru pendidikan khas perlu mempunyai cirri-ciri kebertanggungjawab terhadap pelajar-pelajarnya.terutama
pelajar-pelajar kelainan upaya.Seorang guru yang bertanggungjawab perlu
menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan
sebaik mungkin.Contohnya kita boleh ambil didalam cerita Helen Killer dimana
cirri-ciri kebertanggungjawaban Annie terhadap Helen supaya mengajar dan
mendidik Helen yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran pada masa
yang sama.
Berfikiran Positif-Sentiasa
berfikiran positif tanpa memikirkan kelemahan dan keburukan pelajar.
Empati-Sikap
empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas.Kewujudan ini penting supaya
guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini.Kerana apabila ibu-bapa
mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibubapa tidak mempunyao ilmu dalam
pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi membantu mereka supaya
anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna.Contohnya di dalam
cerita Helen keller,Anni Sullivan mempunyai sikap empati dimana ibu bapa Helen
tidak mempunyai pengetahuan didalam pendidikan khas,apabila tiada pengetahuan
tersebut amat sukar untuk mereka mengurus Helen terutama apabila Helen tidak
dapat mendengar dan melihat seperti kanak-kanak lain.Oleh itu,Anni Sullivan
berusaha untuk membantu supaya Helen dapat mempelajari bahasa dan sebagainya
melalui bahasa isyarat tangan dan deria rasa.
Disleksia-Taree Zameen Par
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 09:51
Nama:Zalzazilah
Fahra Binti Ahmad
Pensyarah:Dr.Hasnah
Binti Toran
Filem
Disleksia Taree Zameen Par (Falsafah dan isu Pendidikan Khas)
Enam
ciri kanak-kanak disleksia yang ada dalam cerita Taree Zameen Par mengisahkan seorang anak
lelaki Awashti Ihsan yang mengalami disleksia,dimana Ihsan mempunyai beberapa
cirri-ciri yang dikategorikan sebagai disleksia.
Ciri
disleksia yang terdapat pada diri Ihsan ialah:
Kesukaran Membaca dan Menulis.
·
Ihsan mempunyai masalah dari segi
membaca dan menulis.Ciri-ciri kesukaran membaca dan menulis pada diri
kanak-kanak bernama ihsan jelas menunjukkan bahawa dia merupakan penghidap
disleksia.Contoh didalam cerita ini Ihsan tidak dapat membaca dan menulis
dengan baik.Ihsan menulis perkataan “table” menjadi tabl dan table.Ihsan juga
mempunyai kecelaruan dari mengenal huruf,dimana apabila Ihsan ternampak huruf
“d” seolah-olah Ihsan melihat huruf “b”,apabila melihat huruf “b” ihsan
menganggap itu huruf “d”.
Melihat huruf-hruf serta
angka-angka seolah-olah menari-nari pada penglihatannya.
·
Seterusnya,yang boleh dikatakan
seseorang itu menghidap disleksia apabila melihat huruf-huruf serta angka-angka
seolah-olah menari-menari pada penglihatannya sehingga boleh mengakibatkan
kanak-kanak disleksia seperti Ihsan tidak dapat membaca dan tidak dapat menulis
dengan betul.Ihsan Salah seorang pelajar disleksia yang mempunyai masalah dari
sudut pandangan tersebut.
Ciri kanak-kanak disleksia
seterusnya ialah daya imaginasi yang tinggi
·
Awasthi Ihsan mempunyai daya imaginasi
yang tinggi.Contoh yang jelas boleh terlihat apabila Ihsan sedang menghadapi
peperiksaan matematik.Apabila mendapat sahaja kertas soalan Ihsan tidak tahu
untuk menjawab direnung kertas soalan itu pada angka 9 × 3,lama kelamaan Ihsan
masuk dalam dunia imaginasinya untuk menjawab solan tersebut tetapi jawapan
hasil dari dunia imaginasinya tidak tepat.
Tidak memberi perhatian ketika guru
mengajar.
·
Ciri Disleksia seterusnya,tidak memberi
tumpuan ketika guru mengajar.Semasa didalam kelas Ihsan tidak dapat memberikan
tumpuan ketika guru mengajar,jelas terliaht didalam filem ini dimana ketika
guru mengajar sahaja Ihsan seolah-olah dalam dunianya sendiri atua dalam
khayalannya sehinnga menyebabkan guru memanggil berkali-kali barulah dia tersedar
dari lamunannya itu
Emosi tidak stabil
·
Ihsan yang merupakan penghidap disleksia
mempunyai keadaan emosi yang tidak stabil,dimana Ihsan terlalu sensitive dan
mudah marah apabila kesilapannya ditegur.
Kelemahan Kemahiran menggunakan
motor halus
·
Ihsan juga mempunyai masalah dari segi
kemahiran menggunakan motor halus dengan baik.Dimana Ihsan tidak dapat memasang
butang pada bajunya sendiri dan tidak dapat mengikat tali kasut sekolah dengan
sendiri.
Tidak dapat mengetahui jarak.
·
Seterusnya didalam pembelajaran ihsan
tidak dapat untuk mengetahui jarak seperti tidak dapat menangkap lemparan
bola.Contohnya yang jelas boleh dilihat didalam filem ini apabila rakan-rakan
ihsan meminta ihsan membaling bola kearah rakannya semula,tetapi ihsah pula
tidak dapat mengetahui jarak untuk rakannya menangkap lemparan bola tersebut.
2.Bincangkan Kesan mempunyai
anak-anak Disleksia.
·
Kesan mempunyai anak-anak
disleksia,apabila ibubapa mengetahui bahawa anaknya menghidap disleksia atau
memerlukan pembelajaran berkeperluan khas mereka tidak dapat menerima
kekurangan yang dihadapi anak mereka.Contohnya di dalam filem ini ibu ehsan
terutamanya bertanya kenapa harus ihsan yang menghadapi disleksia tersebut.Seolah-olah
tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya menghadapi masalah yang
memerlukan.
·
Ibubapa ehsan tidak dapat menerima
kegagalan ihsan dalam setiap perkara didalam pembelajaran dan
pengajaran,sehingga membandingkan ihsan dengan abangnya.
·
Kesan kepada ibubapa tidak mengetahui
cara bagaimana kaedah terbaik mendidik anak-anak yang menghidap disleksia.
3.Berikan tiga ciri pengajaran dan
pembelajaran yang baik di dalam filem itu.
Tiga
cirri pengajaran dan pembelajaran yang baik di dalam filem ini untuk pengajaran
kanak-kanak disleksia ialah.
·
Contoh dimana dalam pembelajaran
matematik cikgu Ram meminta ihsan menaiki dan menuruni tangga sesuai dengan
angka yang ada di tangga dan sesuai dengan soalan yang diberikan oleh
Ram,disini Cikgu Ram mengajarkan ihsan penambahan dan penolakan.
·
Seterusnya.Cikgu Ram mengajak Ihsan
untuk bermain Game di computer,dimana kaedah ini adalah dapat mengembangkan
teknik-teknik dalam penyelesaian masalah.
·
Seterusnya pengajaran dan pembelajaran
yang baik dalam mengajar kanak-kanak disleksia ialah cikgu Ram menggunakan
permainan playdoo,yang membentuk beberapa bentuk dengna playdoo.Contohnya Cikgu
Ram membentuk gajah supaya memudahkan kefahaman ihsan dalam mengenal objek
tersebut dengan teknik-teknik permainan.
·
Seterusnya kaedah menulis di atas
pasir,ihsan diajar oleh cikgu ram untuk menulis di atas pasir bagi membantu
pergerakan motor halus ihsan.
Apa Itu DinoLite?
Posted by CikguZa Masalah Pendengaran at 00:56
Assalammu'alaikum semua!
Harini cikgu za nak terangkan kat kamu semua tentang apa itu dino lite @ Earscope?
Pernah kah anda pergi memeriksa telinga anda dengan Dr,Pakar di klinik atau hospital ?
Kalau pernah tentu anda pernah melihat alat ini.
Alat ini merupakan Dino Lite harganya mencecah ribuan ringgit
untuk kelas pendengaran semester 1 tahun 2,pensyarah telah mendedahkan kepada saya dan rakan mengenai alat ini serta apakah fungsinya dengan pendengaran.Saya dan rakan perlu menggunakan alat ini sebagai latihan amali untuk tugasan melihat bahagian telinga tengah manusia,menggunakan alat ini anda akan dapat melihat gegendang telinga anda.
Sebelum alat ini berfungsi anda perlu install dahulu software kemudian barulah alat ini akan berfungsi menggunakan laptop sahaja.
Untuk tugasan kali ini Pensyarah meminta saya dan rakan untuk menangkap gambar telinga kanan serta telinga kiri menggunakan dino-lite ini,kemudian setelah gambar ditangkap kami diminta untuk menafsir apa yang dilihat dalam gambar telinga yang ditangkap itu secara mata kasar.
Harini cikgu za nak terangkan kat kamu semua tentang apa itu dino lite @ Earscope?
Pernah kah anda pergi memeriksa telinga anda dengan Dr,Pakar di klinik atau hospital ?
Kalau pernah tentu anda pernah melihat alat ini.
Alat ini merupakan Dino Lite harganya mencecah ribuan ringgit
untuk kelas pendengaran semester 1 tahun 2,pensyarah telah mendedahkan kepada saya dan rakan mengenai alat ini serta apakah fungsinya dengan pendengaran.Saya dan rakan perlu menggunakan alat ini sebagai latihan amali untuk tugasan melihat bahagian telinga tengah manusia,menggunakan alat ini anda akan dapat melihat gegendang telinga anda.
Sebelum alat ini berfungsi anda perlu install dahulu software kemudian barulah alat ini akan berfungsi menggunakan laptop sahaja.
Untuk tugasan kali ini Pensyarah meminta saya dan rakan untuk menangkap gambar telinga kanan serta telinga kiri menggunakan dino-lite ini,kemudian setelah gambar ditangkap kami diminta untuk menafsir apa yang dilihat dalam gambar telinga yang ditangkap itu secara mata kasar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments: