Helen Keller "Deaf and Blind Children"



Helen Keller

"Deaf" And "Blind" Children






1.Tuliskan  secara ringkas sejarah kehidupan Helen Keller.
Helen Keller merupakan kanak-kanak yang kehilangan pendengaran dan penglihatannya selepas Helen diserang oleh satu penyakit sehingga menyebabkan Helen kehilangan kedua-dua daya pendengaran dan daya penglihatannya.
Tetapi kekurangan pada dirinya tidak membataskan dirinya untuk Berjaya dalam pelajaran sehingga ke peringkat Universiti.Dan Helen Keller juga telah terkenal diserata dunia dengan potensi yang dimilikinya.
Seorang doctor yakin bahawa Helen boleh diajar dan didik,oleh itu beliau menyarakan ayah Helen untuk pergi berjumpa dengan pakar dalam masalah kanak-kanak yang kehilangan daya pendengaran dan penglihatan iaitu Alexander Graham Bell
Helen dibantu oleh Anne Sullivan gurunya,Ditugaskan mendidikan Anne Sullivan memperoleh bahasa melalui bahasa isyarat tangan dan deria rasa.Berkat kesabaran gurunya mengajar Helen akhirnya Helen Berjaya dalam hidupnya.





2.Apakah 3 cabaran yang dihadapi oleh guru Helen Anne Sullivan
Tiga cabaran yang dihadapi oleh guru Helen iaitu Anni Sullivan ketika mengajar Helen ialah;
·         Cabaran pertama ketika Anni Sullivan di meja makan,Ketika itu Semua keluarga Helen berada di meja makan,ketika di meja makan Helen berkelakuan dengan mengelilingi meja kemudian mengambil makanan di setiap pinggan ahli keluarganya yang ada,Anni,guru Helen melihat tingkahlaku tersebut,ketika Helen hendak mengambil makanan di pinggan Gurunya Anni Sullivan,Anni Sullivan segera menepis tidak membiarkan Helen mengambilnya,sedang Helen melarangnya untuk mengambil makanan,Anni Sullivan dicubit oleh Helen,lalu Gurunya Anni Sullivan menampar pipi,kemudian dia mencubit lagi dan adegan tampar menampar antara Helen dan gurunya.Kemudian Helen berjalan mengelilingi meja untuk mengetahui siapa yang berada disitu namun ketika dia mengetahui bahawa tiada sesiapa disitu,Helen keheranan,setelah itu,Helen kembali ke tempatnya dan memakan sarapan paginya itu dengan menggunakan tangan.Anni memberi sendok kepada Helen,tetapi Helen melemparkannya ke lantai kemudian Anne memaksa Helen untuk turun dari kerusi dan menyuruhnya mengambil sendok tersebut.Akhirnya,Anne Berjaya menyuruh Helen untuk mengambil sendok tersebut dan memegang sendok tersebut di tangannya dan kemudian memaksa pula Helen mengambil makanan dengan menggunakan sendok dan memasukkan makanan tersebut kedalam mulut

·         Cabaran yang kedua makanan dengan tangannya,marah dengan tindakan Helen,Anni segera membuat alphabet  “tidak boleh” iaitu memberi isyarat supaya jangan berbuat demikian lagi iaitu mengambil makanan di dalam pinggan orang lain.Tetapi Helen dengan beraninya mengambil jug air kemudian menuang air tersebut kemuka Anni Sullivan,tidak berpuas hati dengan tindakan Helen tersebut,Anni Sullivan mendukong Helen,membawa sekali jug air untuk Helen mengisi semula jug air yang Helen tuangkan ke muka Anni Sullivan,kemudian membawa Helen ke pili air.




·         Cabaran yang ketiga-ketika hari pertama Anni Sullivan datang.Anni Sullivan membawakan boneka untuk Helen,sambil Anni mengajarnya mengeja melalui bahasa isyarat tangan (Alphabet).Tiba-tiba Annie Sullivan mengambil boneka tersebut,Helen memintanya semula dengan menarik boneka itu dari Anni Sullivan tetapi Anni Sullivan tidak mahu memberi boneka tersebut.Pada Masa sama Anni Sullivan mengajarnya Aplhabet menggunakan bahasa isyarat dengan memberinya ganjaran coklat.Apabila Helen boleh mengeja Alphabet-Alphabet tersebut Anni Sullivan memberikan semula boneka namun dengan cepatnya Helen mengetuk muka Anni Sullivan dengan boneka tersebut sehingga giginya Anni Sullivan tercedera.




3.Pada pendapat anda apakah lima ciri utama yang perlu ada pada guru pendidikan khas
Sabar-Sebagai seorang guru pendidikan khas,aspek utama yang perlu dimiliki oleh seorang guru pendidikan khas ialah,sifat sabar.Hal ini kerana,di dalam program pendidikan khas terdapat pelbagai jenis keupayaan pelajar perlu diambil kira ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.Sesetengah daripada mereka ini mempunyai keupayaan dan potensi yang berbeza oleh hal demikian cara pengajaran juga berbeza.Seorang guru pendidikan khas perlu sabar ketika berhadapan dengan murid contohnya seperti Anni Sullivan,Sabar mendidik dan menggajar Helen yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran serta tingkah laku Helen yang kasar untuk dikawal.Sehingga beberapa cabaran dilalui Anni Sullivan ketika berhadapan dengan Helen.Tetapi Anni Sullivan sabar mendidik dan mengajar sehingga Helen boleh mengenal dan memahami Alphabet menggunakan kod bahasa isyarat tangan yang diajarkan oleh gurunya.


Kemahiran/pemikiran yang kritis dan kreatif untuk mendidik golongan kelainan upaya.
Seorang guru pendidikan khas perlu berfikiran kritis dan kreatif dalam mendidik golongan kelainan upaya dari segi masalah pembelajaran,masalah pendengaran dan penglihatan.kerana golongan ini mempunyai kepelbagaian dan perbezaan pengajaran yang berbeza oleh itu sebagai guru pendidikan pelbagai pendekatan perlu digunakan untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.Contohnya didalam cerita Helen Keller,Gurunya Anni Sullivan menggunakan pelbagai pendekatan difikirkan boleh membantu Helen merubah tingkah lakunya,mempelajari bahasa dan sebagainya melalui deria sentuhan,deria rasa dan bahasa isyarat tangan (Alphabet).


Bertanggungjawab-Seorang guru pendidikan khas perlu mempunyai cirri-ciri kebertanggungjawab terhadap pelajar-pelajarnya.terutama pelajar-pelajar kelainan upaya.Seorang guru yang bertanggungjawab perlu menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik mungkin.Contohnya kita boleh ambil didalam cerita Helen Killer dimana cirri-ciri kebertanggungjawaban Annie terhadap Helen supaya mengajar dan mendidik Helen yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran pada masa yang sama.

Berfikiran Positif-Sentiasa berfikiran positif tanpa memikirkan kelemahan dan keburukan pelajar.

Empati-Sikap empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas.Kewujudan ini penting supaya guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini.Kerana apabila ibu-bapa mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibubapa tidak mempunyao ilmu dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi membantu mereka supaya anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna.Contohnya di dalam cerita Helen keller,Anni Sullivan mempunyai sikap empati dimana ibu bapa Helen tidak mempunyai pengetahuan didalam pendidikan khas,apabila tiada pengetahuan tersebut amat sukar untuk mereka mengurus Helen terutama apabila Helen tidak dapat mendengar dan melihat seperti kanak-kanak lain.Oleh itu,Anni Sullivan berusaha untuk membantu supaya Helen dapat mempelajari bahasa dan sebagainya melalui bahasa isyarat tangan dan deria rasa.

0 comments: