Disleksia-Taree Zameen Par
Nama:Zalzazilah
Fahra Binti Ahmad
Pensyarah:Dr.Hasnah
Binti Toran
Filem
Disleksia Taree Zameen Par (Falsafah dan isu Pendidikan Khas)
Enam
ciri kanak-kanak disleksia yang ada dalam cerita Taree Zameen Par mengisahkan seorang anak
lelaki Awashti Ihsan yang mengalami disleksia,dimana Ihsan mempunyai beberapa
cirri-ciri yang dikategorikan sebagai disleksia.
Ciri
disleksia yang terdapat pada diri Ihsan ialah:
Kesukaran Membaca dan Menulis.
·
Ihsan mempunyai masalah dari segi
membaca dan menulis.Ciri-ciri kesukaran membaca dan menulis pada diri
kanak-kanak bernama ihsan jelas menunjukkan bahawa dia merupakan penghidap
disleksia.Contoh didalam cerita ini Ihsan tidak dapat membaca dan menulis
dengan baik.Ihsan menulis perkataan “table” menjadi tabl dan table.Ihsan juga
mempunyai kecelaruan dari mengenal huruf,dimana apabila Ihsan ternampak huruf
“d” seolah-olah Ihsan melihat huruf “b”,apabila melihat huruf “b” ihsan
menganggap itu huruf “d”.
Melihat huruf-hruf serta
angka-angka seolah-olah menari-nari pada penglihatannya.
·
Seterusnya,yang boleh dikatakan
seseorang itu menghidap disleksia apabila melihat huruf-huruf serta angka-angka
seolah-olah menari-menari pada penglihatannya sehingga boleh mengakibatkan
kanak-kanak disleksia seperti Ihsan tidak dapat membaca dan tidak dapat menulis
dengan betul.Ihsan Salah seorang pelajar disleksia yang mempunyai masalah dari
sudut pandangan tersebut.
Ciri kanak-kanak disleksia
seterusnya ialah daya imaginasi yang tinggi
·
Awasthi Ihsan mempunyai daya imaginasi
yang tinggi.Contoh yang jelas boleh terlihat apabila Ihsan sedang menghadapi
peperiksaan matematik.Apabila mendapat sahaja kertas soalan Ihsan tidak tahu
untuk menjawab direnung kertas soalan itu pada angka 9 × 3,lama kelamaan Ihsan
masuk dalam dunia imaginasinya untuk menjawab solan tersebut tetapi jawapan
hasil dari dunia imaginasinya tidak tepat.
Tidak memberi perhatian ketika guru
mengajar.
·
Ciri Disleksia seterusnya,tidak memberi
tumpuan ketika guru mengajar.Semasa didalam kelas Ihsan tidak dapat memberikan
tumpuan ketika guru mengajar,jelas terliaht didalam filem ini dimana ketika
guru mengajar sahaja Ihsan seolah-olah dalam dunianya sendiri atua dalam
khayalannya sehinnga menyebabkan guru memanggil berkali-kali barulah dia tersedar
dari lamunannya itu
Emosi tidak stabil
·
Ihsan yang merupakan penghidap disleksia
mempunyai keadaan emosi yang tidak stabil,dimana Ihsan terlalu sensitive dan
mudah marah apabila kesilapannya ditegur.
Kelemahan Kemahiran menggunakan
motor halus
·
Ihsan juga mempunyai masalah dari segi
kemahiran menggunakan motor halus dengan baik.Dimana Ihsan tidak dapat memasang
butang pada bajunya sendiri dan tidak dapat mengikat tali kasut sekolah dengan
sendiri.
Tidak dapat mengetahui jarak.
·
Seterusnya didalam pembelajaran ihsan
tidak dapat untuk mengetahui jarak seperti tidak dapat menangkap lemparan
bola.Contohnya yang jelas boleh dilihat didalam filem ini apabila rakan-rakan
ihsan meminta ihsan membaling bola kearah rakannya semula,tetapi ihsah pula
tidak dapat mengetahui jarak untuk rakannya menangkap lemparan bola tersebut.
2.Bincangkan Kesan mempunyai
anak-anak Disleksia.
·
Kesan mempunyai anak-anak
disleksia,apabila ibubapa mengetahui bahawa anaknya menghidap disleksia atau
memerlukan pembelajaran berkeperluan khas mereka tidak dapat menerima
kekurangan yang dihadapi anak mereka.Contohnya di dalam filem ini ibu ehsan
terutamanya bertanya kenapa harus ihsan yang menghadapi disleksia tersebut.Seolah-olah
tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya menghadapi masalah yang
memerlukan.
·
Ibubapa ehsan tidak dapat menerima
kegagalan ihsan dalam setiap perkara didalam pembelajaran dan
pengajaran,sehingga membandingkan ihsan dengan abangnya.
·
Kesan kepada ibubapa tidak mengetahui
cara bagaimana kaedah terbaik mendidik anak-anak yang menghidap disleksia.
3.Berikan tiga ciri pengajaran dan
pembelajaran yang baik di dalam filem itu.
Tiga
cirri pengajaran dan pembelajaran yang baik di dalam filem ini untuk pengajaran
kanak-kanak disleksia ialah.
·
Contoh dimana dalam pembelajaran
matematik cikgu Ram meminta ihsan menaiki dan menuruni tangga sesuai dengan
angka yang ada di tangga dan sesuai dengan soalan yang diberikan oleh
Ram,disini Cikgu Ram mengajarkan ihsan penambahan dan penolakan.
·
Seterusnya.Cikgu Ram mengajak Ihsan
untuk bermain Game di computer,dimana kaedah ini adalah dapat mengembangkan
teknik-teknik dalam penyelesaian masalah.
·
Seterusnya pengajaran dan pembelajaran
yang baik dalam mengajar kanak-kanak disleksia ialah cikgu Ram menggunakan
permainan playdoo,yang membentuk beberapa bentuk dengna playdoo.Contohnya Cikgu
Ram membentuk gajah supaya memudahkan kefahaman ihsan dalam mengenal objek
tersebut dengan teknik-teknik permainan.
·
Seterusnya kaedah menulis di atas
pasir,ihsan diajar oleh cikgu ram untuk menulis di atas pasir bagi membantu
pergerakan motor halus ihsan.
0 comments: