Apa Itu DinoLite?


Assalammu'alaikum semua!
Harini cikgu za nak terangkan kat kamu semua tentang apa itu dino lite @ Earscope?
Pernah kah anda pergi memeriksa telinga anda dengan Dr,Pakar di klinik atau hospital ?
Kalau pernah tentu anda pernah melihat alat ini.
Alat ini merupakan Dino Lite harganya mencecah ribuan ringgit
untuk kelas pendengaran semester 1 tahun 2,pensyarah telah mendedahkan kepada saya dan rakan mengenai alat ini serta apakah fungsinya dengan pendengaran.Saya dan rakan perlu menggunakan alat ini sebagai latihan amali untuk tugasan melihat bahagian telinga tengah manusia,menggunakan alat ini anda akan dapat melihat gegendang telinga anda.

Sebelum alat ini berfungsi anda perlu install dahulu software kemudian barulah alat ini akan berfungsi menggunakan laptop sahaja.

Untuk tugasan kali ini Pensyarah meminta saya dan rakan untuk menangkap gambar telinga kanan serta telinga kiri menggunakan dino-lite ini,kemudian setelah gambar ditangkap kami diminta untuk menafsir apa yang dilihat dalam gambar telinga yang ditangkap itu secara mata kasar.


0 comments: